Friday, February 8, 2019

Past Blogpost Re-Published

Hi stalkers,

FYI post2 yang saya padam dulu sudah saya republish. dulu saya padamkan sebab saya tidak rasa post tu akan beri impak kepada followers saya. Dalam masa yang sama sedang dealing dengan depresi (tiada siapa tahu). Tapi lepas hari ini sy ok ok suda, saya reflect semua, tak kiralah post tu bernada positif, membangun , membawang atau meroyan, saya sedar 1 perkara, all those while I have been actually documenting my journey. Kisah suka duka mengharungi dunia keusahawanan.

Akhirnya saya publish balik semua post lama, kecuali yg mgkn tidak relevan. Saya tidak pasti kenapa anda hadir di sini. mungkinkah untuk stalking saya? haha. kalau mau cari kereta mewah. maaf saya tiada barangan mewah untuk ditayang-tayang. Kalau saja mau stalking dan "checking" sama ada saya sudah berjaya atau tidak, dan lepas tu pegi sama kawan-kawan kamu untuk "membawang" , teruskan lah perangai tidak produktif itu. Dan ya, memang saya belum sampai lagi ke destinasi impian saya.

Tapi satu hal yang semua orang kena tahu, saya insan biasa, saya pun pernah buat silap. Segalanya ialah proses bagi saya. Ya, saya belum berjaya sangat untuk mengaku saya "expert" dalam bidang yang saya ceburi, tapi saya percaya, saya sudah selangkah lebih jauh ke depan berbanding dengan ramai yang lain yang masih "stuck" dengan kehidupan yang mereka bencikan, kehidupan yang penuh dengan "komplen" sedangkan tidak ada tindakan yang dibuat untuk ubah kehidupan mereka itu.

Anda mungkin seperti saya, sedang mencari inspirasi dan "suara" untuk disampaikan kepada audiens anda. Atau anda sedang mengejar IMPIAN anda, tapi tidak tahu nak bermula di mana. Tahniah! saya support apa pun impian yang anda ingin capai dalam kehidupan anda!

Blog ini saya tujukan kepada semua yang BERIMPIAN BESAR, dan KOMIT untuk KEJAR IMPIAN anda. Saya doakan kejayaan bagi anda, yang mencari rezeki di alam maya. Bukan mudah tapi percayalah! tidak mustahil.

Saya Komit untuk kongsikan pengalaman saya sebanyak yang saya mampu. Di sini saya akan kongsikan cabaran yang saya lalui dan cara-cara saya selesaikan semua cabaran itu. Saya bukan expert, tapi saya gunakan platform blogging ini untuk dokumenkan apa yang berkesan bagi saya dan saya akan kongsikan secara PERCUMA untuk tatapan semua.

Jika anda rasa post ini ada sedikit sebanyak berikan anda semangat untuk BERJUANG demi IMPIAN anda, demi keluarga, ibu bapa, atau anak-anak. Jangan malu untuk Komen dan bertanya apa saja soalan, saya akan jawab sedaya upaya. Kritikan membina akan diterima, tapi kalau komen2 negatif I block ye...

Sekian, Salam Kejayaan!!

Yang ikhlas,

Lydia Saang

(Where to Find Me)
INSTAGRAM

FACEBOOK

TWITTER

Perkembangan ku di Aj

Bermula 28 October 2014
QRAA pada December 2014
RAA pada Februari 2015 (AMEN!)

MC Dealer Preview di AJ Centre 31/1/15
Speaker Dealer Preview AJ Centre 3/2/15
MC BRSS KE-20 8/2/15 The Palace Hotel
Speaker for 1st Dealer Preview di Sandakan. 13/2/15

Juga sudah boleh jadi AJ Advisor. Setakat ini itu tugasan yang telah saya ambil, saya menyahut semua cabaran sebab saya tahu saya harus maju dan keluar dari zon selesa untuk berjaya!

Terharu saya bila jumpa kawan tadi, dia sempat tegur, dia cakap, "cara kamu bercakap sekarang sudah berubah berbanding dulu"

Apa pun saya tahu perjalanan saya masih agak jauh untuk memaksimumkan potensi diri, yang part untuk target jadi GAA tu saya tahu tidak mustahil dicapai tahun ini. Saya hanya perlu bantu partner saya untuk berjaya. 

Saya bersyukur sebab ada leader hebat dan caring di AJ. GAA Sharon sendiri sanggup turun padang utk bantu partners berjaya. Saya suka buat AJ. Siapa sangka orang biasa2 macam saya, hanya peniaga perfume dan make up saja pun boleh jana pendapatan 5angka?? Saya hanya teruskan usaha.

Jangan putus asa!!



-GAA Lydia-

Monday, January 28, 2019

10 TIPS PANTAS SKILL ORANG BERJAYA TARIK REZEKI💸


1. Mereka berkawan dengan orang yang betul.
.
2. Mereka tidak bertangguh.
.
3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif
.
4. Fokus, Fokus,Fokus dan Fokus dan Fokus...
.
5. Mereka sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.
.
6. Mereka bina networking yang bagus.
.
7. Mereka konsisten & tak mudah putus asa.
.
8. Mereka ini pantas buat keputusan, pantas buat tindakan.
.
9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha.
.
10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang disekeliling.
.
Tahniah ‼ anda telah habis membacanya,
anda adalah insan-insan HEBAT👍🏻
Semoga anda sukses dan ditambahkan rezeki!!

Sunday, January 27, 2019

 AGLES EDGH..

HAI KADAZANDUSUN..
berubah lah sempena tahun baru..

Hai KadazanDusun..
Rumahmu semua dibina pilipin,
Ekonomi pula dikuasai Cina,
Golongan profesional semuanya Bugis,
Warung makan pun,pilak dan mamak yg berkuasa,
Org bangla pula menjadi jaga,
Org Timur yang menabur baja,
Org pakistan usung jaja karpet merata tempat,

Lalu kadazan Dusun ada apa?
Harapkan pastor,saling menyesat,
Harapkan hiburan,lagi best filem barat,
Harapkan bahasa,banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan,agama pun mereka hambat,
Harapkan tanah,banyak digadai kpd korporat!

Hai kadazanDusun!
Masih mendabik dada?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah org atasan,
Konon perjuangan ini utk kalian!
Kerja sikit,sembang kencang,banyak rungut,sikit rancang,siapa tegur dituduh lancang,duduk warung gigit kacang!

Hai KadazanDusun!
Konon kau pantang di cabar,
Konon kau tangkas menyambar,tapi indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar,
Kau KadazanDusun aku pun KadazanDusun,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa KadazanDusun tak bersatu padu macam dulu...

Hai KadazanDusun!
Jarimu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
Kau cuma tahu bergaya,

Hai KadazanDusun!
Kau melaung-laungkan di jlnraya,
Bagi tahu kpd dunia ini bumi aku yg punya,
Pada hakikatnya ia di gadai kpd sepet yg kaya,

Hai KadazanDusun,
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau suda jadi derhaka,

Hai KadazanDusun,
Sedarlah bangsaku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsaku,
Kerana bumi sabah bukan lg milikmu,
Aku pun kadazanDusun,
Engkau punKadazanDusun,
Bodoh sombong harus di tepis,
Riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus di guris,

Bersatulah KadazanDusun!
Kerana Agama dan Bangsa,
Moyang2 yg telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku utk negara Sabah,
Berjasa dan berkuasa sendiri di bumi yg tercinta,

Pedih menyengat..untuk kita semua..
Renung-renungkanlah wahai bangsaku..
KADAZANDUSUN..

*JIKA TAK BERUBAH,
TERUSKANLAH JADI KADAZANDUSUN YANG LAYU DI TANAH SENDIRI DAN TERUS MENGEKALKAN JUARA ARAMAI TII SAMPAI KEPALA DIPIJAK PIJAK!!!...*

Saturday, December 30, 2017

2017 reflection. Approaching 2018

hello blog readers. Just realized x byk yg sy post d blog ni. Maybe belum biasa share personal stuff. Lol. So post kali ini is a reflection of what has been going on in my life in general and business as well. Last year 2016 I was one of the top 10  sales RAA dalam seluruh Malaysia. Bangga memang bangga, happy memang happy. Setelah 2017 berlalu begitu sahaja, sebenarnya x banyak juga pencapaian sy ni tahun. Honestly productivity dan momentum untuk saya drop drastically. Sebenarnya, sy mengaku sy jadi malas. Tapi ada banyak juga faktor2 dan alasan lain yg memainkan peranan dlm kemalasan itu. Hubungan dgn business partner kurang baik. Betullah org ckp , in any networking business, we dealing with people. Jujur pengalaman sy dlm networking sebelum sy mulakan business ini sangat minimal. Tapi rupanya saya sedar its not just about the product you are selling. It’s also the good relationship u are able to maintain with all business partners. Ada byk biz partners down dan xmau teruskan bukan sebab produk x bagus , tapi antaranya sebab biz partners yang tamak dan haloba. Lol. Fham ka maksud saya? Pernah kamu kena close sales lepas tu kena kasi biar gitu saja? Pastu bila org tu perlu ko punya bantuan baru terhegeh-hegeh cari ko? Bikin sakit hati ka nda? Ikhlas sekadar di mulut, tapi perlakuan, kita tahu siapa ikhlas dan siapa xda. Maaf post ini agak negative. Tapi ini realiti. Sebenarnya saya ok, sy tau manusia memang manusia, saya faham setiap org cara belajar berbeza, tapi kalau dah terlalu ego tu rasa diri semuanya betul, kita semuanya salah, silalah blah. Lol. I think as business partners, kalau sedar sudah sakitkan hati partners dan nampak xda kerjasama, there must be something wrong. As a Leader, we also must be humble enough to apologize and start afresh, be willing to listen, bukan men trus potong cakap dan ok sorry2 we go on lah we do this and that. Ketara betul x pandai Sabar. At least take time to shut up and listen. Dah tu kalau org belum ready mau share masalah jangan la dipaksa. Bodoh ka nda. Sabar ja lah geng.

Ok itu pasal kisah dengan seseorang tu la yg sy x puas hati. Tapi apa pun sy gembiralah beliau berjaya dan sukses, walaupun bagi dia saya xda contribution dalam kejayaan dia itu. Sabar saja lah. Lol. Penghargaan, that is one of the things also yg buat org samada mau teruskan. Atau xda. Kalau ko xpandai hargai business partner ko, kalau ko cakap kejayaan orang lain itu adalah disebabkan ko semata-mata, bye bye lah. Sombong sudah tu. What kind of leader who would say to their partners “If it’s not because of me you wouldn’t be where you are today!” Like wtf?? Kita xda usaha langsung meh? Dia yg kasi jalan biz kita while kita goyang kaki? Puhh-leeeeezz.... tp biarlah. Apapun, ini note to self, jangn sombong kalau suda di atas. Jangan pijak org yg tolong angkat kamu. Tanpa mereka kamu pun bukan siapa siapa. Sudah berjaya jangan angkuh. Be humble enough to admit your mistake.

For me honestly,  to all my business partners, if in any way u feel unappreciated, maafkan saya. If in anyway sy pernah terkasar bahasa, I am truly sorry. If in any way u ever felt that i haven’t been sincere enough in helping u meet your goals, forgive me. I am still learning to do all this. It is hard, but i hope im not giving up yet. And forgive me too for not doing my best to assist you as i should. Banyak benda yang berlaku internally yang melumpuhkan semangat saya tahun ini. I won’t share it here, but to those of you yang kenal saya dn pernah saya luahkan kisah terpendam dalam hati, aisehmen. Ya , to those of my closest friends, thank you for listening and just being there for me. I LOVE YOU, you know who you are. Mgkn kmu pun xda masa mau baca blog ni lol. Xpa bgus la, jiwang bah. Geli plak tu nada dia. HAha.

Apa pun, 2017 sudah hampir berlalu, saya memang jarang post fb and insta, memang kebanyakan gambar adalah post happy2. Tapi sebenarnya di sebalik tabir, banyak yang saya rasa “missing” . Saya selalu terfikir, andai kata saya berjaya, capai semua impian, financial freedom, time freedom, etc etc..will I be happy? Will it be enough? Impian memang besar menggunung, i started questioning myself. Is this even worth it? I am still trying to figure out my big WHY. WHY should i succeed? Why should i reach GAA? WHAT WILL I BECOME? sometimes it’s not fear of failure that stops you, sometimes you fear Success itself, will it make you a different person?  Or will you be more of yourself. ? But then again, why wanna please everybody right? It’s your dream, just go for it! Idk. Still trying to figure out stuff.

So to all friends and family out there, don’t be like me ok. Follow your heart. Stop thinking too much. And start thinking for yourself , your future, and family. I love my family. Sometimes they didnt get me, but im just happy spending time with them . LOL . Even now, as im writing this post, im in my sister’s room and we are not talking, she is just enjoying her time reading. And my nephew just woke up and cried looking for his momma. But i love this time. This is quality time. Don’t you think it would be awesome having as much time like this anytime you want? Best kan? Tapi saya faham, ada yg lain terpaksa kerja. Sama lah, sy pun mau mula sudah tulis matlamat baru ni. Start kerja keras, supaya in the future itu $$$ beranak sendiri. Susah sekarang senang kemudian. We could go on this journey together. But im telling you it’s not gonna be easy. But i BELIEVE it is gonna be WORTH IT! And you will never be alone.

So to all of you dreamers out there, keep dreaming BIG! AND GO FOR IT!

Wishing you a very happy and prosperous New Year 2018!! God bless!

(Maaflah perenggan awal2 mcm bunyi komplen sikit. Lol)

Friday, August 4, 2017

Apa Erti Hidup?

Impian dikejar, tidur tidak cukup. Kerja berlambak. Tapi saya rasa tidak produktif. 5.20pm, sepatutnya kerja persiapan untuk skrip Emcee White Party esok sudah siap. Tapi 1 huruf pun belum mula lagi. entahlah, tiada feel lah. Mungkin post kali ni tidak bernada happy macam post2 sebelum ni. Sometimes, rasa segan untuk luahkan sesuatu kalau di online. Maklumlah, manusia di luar sana apa2 pun yg kita tulis ada saja yg kecam. Tapi kali ni saya cuba untuk taip sejujurnya, untuk reflect apa yg sedang saya lalui selama ni. Maafkan saya kalau ada pembaca di luar sana yg rajin baca blogpost saya tapi macam 1 tahun  1 kali saja sy post ni. bukan sengaja. saya mengaku saya gagal dan Tidak cukup konsisten update. Dalam usaha saya kejar impian sendiri, saya tahu ada pihak, keluarga atau rakan-rakan di luar sana yang ter'makan-hati' atau ter'kecil-hati' dengan kata-kata atau perangai saya. Kadang2 saya fikir, betul ka apa yang saya buat ni?

Kadang-kadang kecewa juga. Persahabatan hilang, dan yang rapat makin lama makin renggang. Orang yang kita trust, situ pulak kasi buruk2 kita. Betul lah apa orang cakap, perjalanan dalam dunia keusahawanan ni sunyi rupanya. Kalau kena tinggalkan kawan saja its ok, tapi ini sudah sama-sama bina perjalanan sama-sama, tapi bila sampai halfway, putus asa plak. Rasa bersalah juga sebab sometimes saya buntu xtau mcm mana mau tolong dorg untuk capai next rank. Ya memang betul, mana2 business pun yang kita buat mesti kuat mental & EQ. That's why we need support. Apapun saya bersyukur masih ramai lagi orang yang sehati dan sefikir yang sentiasa beri sokongan padu. Thank you all atas doa-doa kamu.

Perjalanan saya masih jauh. Terus-terang memang ada rasa mau putus asa. Depressed, especially bila leaders terlalu tinggi expectation kita rasa x mampu untuk fulfil. Tapi misi belum selesai. Saya suda sampai halfway, top 1% antara semua Affiliate yg ada di Malaysia, kenapa mau putus asa kan? Masih banyak impian belum capai. Paling penting masih banyak rakan-rakan seperjuangan yang saya mesti bantu sampai dorg pun berjaya! Kepada rakan-rakan yang sentiasa beri sokongan penuh, jutaan terima kasih. Kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas kepercayaan anda. Last but not least, terima kasih Tuhan atas anugrahMu dan Kasih Setia yang tidak pernah putus2. Doakan saya kawan-kawan. God Bless.

Sunday, February 7, 2016

New Blog In The Making

Hi Semua! Pengikut-pengikut tegar dan stalker-stalker tetap dan berpencen blog ini, terima kasih kerana masih lagi rajin membaca blog saya.

Maaf kepada peminat setia yang sentiasa menanti-nanti update terbaru daripada saya. kebelakangan nie agak sibuk dengan tugasan dan komitmen kareer di AJ. Maklum lah, suda naik pangkat RAA ....(hehe syok sendiri nampak!) apa pun, saya besyukur sebab perjalanan saya menuju cita-cita dan impian masi mampu saya teruskan. Perjalanan belum selesai dan masih ada rank GAA dan EJ untuk dicapai...bak kata pepatah "never stay in your comfort zone" (saya pun tidak ingat dari mana saya dengar nie)

Saya berjaya capai RAA pada 31 May 2015, dan masih RAA sehingga sekarang. Dulunya bila fikir-fikir, terasa seronok bila dapat naik RAA, tapi sekarang makin lama makin sunyi plak, sebab kejayaan nie, saya seorang saja yang dapat rasakan. Masih ramai lagi QRAA dan partner lain yang masih berjuang di AJ sampai sekarang tapi belum berjaya capai status kegilaan ramai di AJ nie. Rasa sebak dalam hati pun ada sebab ada juga yang terpaksa melalui cabaran yang sangat besar di saat-saat ingin mengejar impian demi sebuah kehidupan yang lebih selesa, dan masa yang lebih banyak bersama keluarga. Ada juga yang bekerja keras kerana ingin membalas jasa ibu bapa. Kita pun sedar, setakat gaji bulanan 2k untuk fresh grad , manalah cukup untuk bantu ringankan beban keluarga. Harga barang pun sentiasa naik setiap tahun. Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia. Jadi semakin ramai orang-orang muda mencari jalan untuk keluar dari "rat race" ini.

Oleh itu, azam saya tahun 2016 ini ialah ingin melahirkan lebih ramai syarikat berstatus RAA.  saya pun mau rakan-rakan niaga dan affiliate saya berjaya bersama-sama. Biar kita susah sama-sama, senang sama-sama. Saya bertekad walau apa jua halangan yang mendatang, biar kami harungi bersama-sama, sehingga mereka BERJAYA!!

Kepada rakan-rakan usahawan dan usahawanita AJ yang sentiasa bersama saya dalam perjalanan ini, JUTAAN TERIMA KASIH saya ucapkan!

TERIMA KASIH kerana sentiasa menyokong saya dalam susah dan senang.

TERIMA KASIH kerana tetap setia dan percaya untuk berjuang bersama-sama di arena industri Affiliate Marketing ini.

TERIMA KASIH kerana tidak pernah putus asa dan masih lagi di sini.

Kepada ahli keluarga saya, walaupun saya tau bukan juga kamu rajin membaca buku, apa lagi mau baca blog, TERIMA KASIH untuk doa dan restu untuk saya jalankan biz ni dan kejar impian dan cita-cita saya!

I love you ALL!!

ok, back to the point and title of this post, actually saya ada set up satu blog baru. well, actually lama sudah set up tapi masih belum post apa-apa sampai sekarang. Busy bah...(ok, tiada lagi alasan bagiku) Link untuk blog to ada <<DI SINI>>

url dia http://lydiasaang.blogspot.my/

Post yang ada dalam blog ni lebih bernada serius dan educational. Ini sebab ramai yang tak putus-putus tanya saya, "macam mana nak jalankan AJ" , "macam mana nak capai pendapatan 5-6angka di AJ", "macam mana ini, macam mana itu" dan macam- macam lagi, macam lagu Jonathan Tse, Macam Macam.

Jadi di blog itu lah anda akan nampak "blueprint" dan langkah-langkah atau guidelines yang telah saya aplikasikan dalam perjalanan AJ saya atau dalam industri Affiliate Marketing secara Offline (akan datang online pun ada ye...)

Harapan saya, semoga yang membaca blog saya bukan saja terhibur tapi juga belajar sesuatu mengenai kehidupan, dan dapat membuka minda anda tentang idea-idea baru untuk majukan apa juga perniagaan yang anda ceburi.

Enjoy & thanks for reading. Mmmuahh!!


Love,